Sabtu, 23 Januari 2010

KES Faizzal Jinong Abdullah - Jangan Lagi Berlaku Kepada Pesara Lain

Kes Seorang pesara tentera iaitu Faizzal Jinong Abdullah telah menggemparkan Kementerian Pertahanan setelah disiarkan oleh Buletin 1.30 bertarikh 29/12/2009 di TV3. Sebenarnya perkara ini boleh diatasi jika individu yang terlibat, pasukan terakhir di mana individu bertugas dan Kementerian Pertahanan (JRP/UGAT dan JHEV) memainkan peranan masing-masing. Semestinya terdapat kesilapan di mana-mana bermula dari individu dan pasukan terakhir beliau sehinggalah ke Kementerian Pertahanan dan masing-masing "baling batu sembunyi tangan". Perkara ini telah pun berlaku ........ justeru itu adalah diharap-harapkan agar perkara ini tidak akan berlaku di masa akan datang yang menunjukkan kelemahan Kementerian Pertahanan dan agensi berkaitan keseluruhannya.
SUATU perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah...kelewatan bayaran pencen kepada persara tentera....... mengapakah pembayaran pencen, ganjaran perkhidmatan, pembayaran Caruman LTAT dan pembayaran FGCR sering berlaku kelewatan sehingga 2 ke 3 bulan selepas tarikh tamat perkhidmatan. Suatu perkara yang perlu difikirkan ialah......... APA KELUARGA MEREKA NAK MAKAN DALAM TEMPOH 2 KE 3 BULAN ITU.
Suatu perkara yang dapai diandaikan adalah .....akan berlaku lagi kes sepertimana Faizzal Jinong Abdullah....sebab apa saya berkata demikian....... dilaporkan oleh beberapa rakan yang melakukan dokumentasi akhir pada awal Januari 2010 bahawa masih terdapat veteran yang masih memegang Kad Pengenalan Sementara (NR7) semasa melapor untuk dokumentasi akhir di JRP. Juga terdapat jumlah besar yang masih tidak memperolehi Dokumen Akuan Perkhidmatan (BAT D 92) semasa melapor dengan alasan masih belum siap. Untuk Kementerian Pertahanan buatlah suatu tindakan yang perlu untuk mengelakkan perkara ini berulang.

1 ulasan: