Selasa, 5 Januari 2010

PESARA TENTERA TERABAI

Blog ini aku terbitkan khas untuk Pesara Angkatan Tentera Malaysia (Pesara ATM) samada Tentera Darat, Laut mahupun Udara. Juga blog ini aku tujukan khas kepada semua pemimpin-pemimpin negara (Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri (semua kementerian)Ketua Setiausaha Negara dan Kementerian, Menteri Besar semua parti yang memerintah samada kerajaan Barisan Nasional, Keadilan, PAS dan DAP juga KEPADA PANGLIMA PERKHIDMATAN DAN PANGLIMA ATM. Aku ingin berusaha untuk membuka mata semua orang dengan semangat 1 MALAYSIA tentang persoalan mengenai NASIB PESARA TENTERA SETELAH BERSARA......

Mereka adalah perajurit negara....... tidak kira pada zaman ancaman komunis atau tidak mereka tetap perajurit negara. Pada masa aman seperti hari ini, mereka tidak duduk diam...malah BERLATIH dan BERLATIH dan BERLATIH untuk memenangi suatu peperangan. Mereka sentiasa menyediakan payung untuk menerima hujan yang entah bila akan tiba. Sesungguhnya kita tidak tahu dan tidak akan tahu apakah ada hari esok untuk kita semua..... Ini adalah realiti. MAKA untuk menghadapi realiti ini .....apa yang dituntut masyarakat terhadap mereka adalah kredibiliti. Setiap keringat mereka yang menitis ke bumi adalah janji mereka kepada negara bahawa mereka akan mempertahankan negara dari ancaman sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Mereka-mereka ini apabila bersara dari perkhidmatan ATM pada usia 39 hingga 45 (rata-rata bersara berpencen pada umur 42 -44 tahun) akan bergelar VETERAN ATM.

APA AKAN TERJADI APABILA MEREKA BERSARA? (Soalan inilah yang selalu menjadi persoalan kepada banyak pihak) DAN jawapan yang PALING TEPAT untuk soalan ini ialah ..... TAK JADI APA

Mereka ini bersara pada umur 40 an. Umur 40 an ini adalah umur di mana seseorang itu efektif untuk berjaya di dalam penghidupan mereka. Orang awam pada usia ini .....telah mencapai suatu tahap kejayaan tapi veteran ATM akan kembali kepada angka kosong (0) atau terpaksa bermula semula kepada huruf A untuk ke B dan seterusnya pada umur 40 an. (Saya berikan contoh kepada pernyataan ini kepada orang-orang atasan kerajaan yang tidak faham):

CONTOHNYA:

Contoh (Orang Awam)
Ahmad (Awam) pada usianya 20 tahun bekerja sebagai mekanik kereta .... setelah 10 tahun berpengalaman sebagai mekanik (pada umur 30 tahun), dia memilih untuk menjadi usahawan dan membuka bengkel sendiri. Dia telah mempunyai ramai kenalan semasa bekerja sebagai mekanik selama 10 tahun yang menjadi pelanggannya. Pelanggannya semakin bertambah dan 10 tahun kemudian (pada usia 40 tahun) dia telah meluaskan perniagaannya dengan membesarkan bengkel dan lengkap dengan penjualan alatganti kereta.

Contoh (Veteran ATM)
Ali (Tentera) pada usianya 20 tahun telah menyertai perkhidmatan tentera. Semasa di dalam tentera beliau telah menghadiri beberapa kursus kerjaya dengan cemerlang. Berkat kesabarannya menempuh liku-liku dalam dunia ketenteraan beliau telah dianugerahkan kenaikan pangkat dan pangkat terakhir beliau semasa dalam perkhidmatan adalah sebagai Pegawai Waran 1 (PW 1 - pangkat tertinggi bagi Lain-lain Pangkat) setelah 22 tahun berkhidmat. Sebelum bersara, beliau telah memikirkan tentang masa depannya untuk anak-anak dan isteri. Beliau telah memilih untuk menghadiri Kursus Peralihan di PERHEBAT sebagai mekanik Kenderaan Motor selama 18 bulan. Dengan pengalaman sebagai mekanik semasa dalam perkhidmatan di dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera (Mekanik kereta) dan kursus peralihan dalam bidang yang sama, beliau telah membuka sebuah bengkel kenderaan hasil dari ganjaran perkhidmatannya pada usia 42 tahun. Pada usia ini dia perlu mencari pelanggan. Dia perlu melobi untuk perniagaannya dan tidak cukup untuk 4 atau 5 tahun untuk menunjukkan hasilnya. Veteran ATM perlu melakukan apa yang ahmad (awam) lakukan pada usia ahmad 20 tahun sedangkan veteran ATM berusia 42 tahun pada ketika ini.

Ini juga adalah realiti yang terpaksa ditanggung......masa untuk berjaya bukan sekelip mata...... kita BUKAN berada di alam magic. MEREKA PERLU DIBANTU BUKAN DENGAN WANG RINGGIT TAPI DENGAN PELUANG.

BAYANGKAN BULAN PERTAMA BERSARA ....GAJI (PENCEN) MEREKA TINGGAL 50% DARI GAJI BIASA. .......MANA NAK CARI LAGI 50%. SEDANGKAN KOS SARA HIDUP SEMAKIN MENINGKAT.

RAMAI JUGA VETERAN ATM YANG MENGAMBIL PELUANG UNTUK MENJADI KONTRAKTOR PEMBEKAL DAN PEMBEKAL PERKHIDMATAN DAN MEMILIKI LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN dalam pelbagai bidang (Distributor and Service Provider) tetapi bagaimana mereka hendak hidup dicelah-celah kontraktor yang sama yang telah 10 tahun atau 20 tahun berkecimpung (ini belum termasuk duit kopi yang diberikan kepada pegawai yang mereka kenal untuk mendapatkan kontrak/projek) Veteran ATM tak kenal pegawai untuk diberikan duit kopi untuk mendapatkan projek walaupun pembelian terus kerajaan............ sebenarnya memerlukan PELUANG untuk terus hidup kerana pada umur ini anak-anak mereka masih kecil dan sedang di dalam alam persekolahan berbanding pesara kerajaan (awam) yang bersara pada umur 58 tahun. VETERAN ATM MEMERLUKAN PELUANG UNTUK MENINGKATKAN TARAF SOSIO-EKONOMI MEREKA.

2 ulasan:

  1. saya setuju! 101%. lastx saya jual goreng pisang, harix angkat tong gas, kuali, kemah buat kuih. kerja bagai nak rak. nak makan gaji sapa nak terima? kelulusan pulak xde! oleh itu join mlm http://www.jushebat.com/pakmanjutawan

    BalasPadam
  2. Bang,

    sekadar mencelah. sy baru tersedar dgn realiti kehidupan sbg seorang tentera. ayah sy pesara tentera LLP. dia pencen umur 45 tahun. dia pernah kerja pump attendant minyak. mmg payah pesara tentera nk cari kerja bila dh berumur dan tiada kelayakan akademik. untung ayah saya ada sawah padi. boleh juga diusahakan. saya cuba membantu sedaya upaya saya, walaupun sekadar RM200 sebulan.

    BalasPadam