Khamis, 4 November 2010

UNTUK SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN DAN PESARA (BUKAN KHUSUS UNTUK VETERAN ATM)

REALITINYA insentifnya bukan sahaja untuk Bekas Tentera (Veteran)tapi untuk semua kakitangan kerajaan dan Pesara Kerajaan. Kena faham tu. Keratan di bawah adalah petikan dari Teks Ucapan PM semasa Bajet 2011. Khairat Kematian/Bantuan Menguruskan Jenazah ...... adalah perkara yang sama....... saya ulang ...untuk semua kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan termasuk anggota tentera dan Bekas Tentera BUKANNYA KHUSUS UNTUK BEKAS TENTERA. Tentang bayaran EX Gratia kepada Bekas Tentera yang cedera kekal sebelum tahun 1994 yang pernah TIDAK DILULUSKAN sebelum ini (kini diluluskan - BAJET 2011) veteran ATM amat setuju bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka. Kenapa dulu tidak diluluskan "walallah hu alam" biasalah kajian JPA!!!!! sebab mereka (JPA) yang mengkaji pun tak pernah merasai perit getirnya tentera dulu yang melawan komunis. Mereka (JPA) tak pernah angkat senjata..... tapi veteran dulu berkaki palsu. Sejarah pengorbanan mereka (veteran) tidak boleh dipalsukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan