REALITINYA insentifnya bukan sahaja untuk Bekas Tentera (Veteran)tapi untuk semua kakitangan kerajaan dan Pesara Kerajaan. Kena faham tu. Keratan di bawah adalah petikan dari Teks Ucapan PM semasa Bajet 2011. Khairat Kematian/Bantuan Menguruskan Jenazah ...... adalah perkara yang sama....... saya ulang ...untuk semua kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan termasuk anggota tentera dan Bekas Tentera BUKANNYA KHUSUS UNTUK BEKAS TENTERA. Tentang bayaran EX Gratia kepada Bekas Tentera yang cedera kekal sebelum tahun 1994 yang pernah TIDAK DILULUSKAN sebelum ini (kini diluluskan - BAJET 2011) veteran ATM amat setuju bagi mengenang jasa dan pengorbanan mereka. Kenapa dulu tidak diluluskan "walallah hu alam" biasalah kajian JPA!!!!! sebab mereka (JPA) yang mengkaji pun tak pernah merasai perit getirnya tentera dulu yang melawan komunis. Mereka (JPA) tak pernah angkat senjata..... tapi veteran dulu berkaki palsu. Sejarah pengorbanan mereka (veteran) tidak boleh dipalsukan.
Khamis, 4 November 2010
Selasa, 2 November 2010
PRK GALAS - VETERAN ATM DICARI UNTUK DIBANTU?????
Tajuk artikel ini terdapat kelainannya dari tajuk akhbar yang disiarkan. Ini bermakna, Waktu Tiada Pilihanraya Kecil (PRK) Veteran perlu hubungi ATM untuk bantuan....Tetapi jika terdapat PRK.....ATM akan cari Veteran untuk dibantu.
Tengoklah gambar di bawah ni yang dipetik dari Facebook JHEV ....... waktu ini sedang sibok kempen PRK GALAS dan JHEV pula mencari PESARA untuk dibantu. Adakah ini ikhlas atau berupa propaganda politik. Fikirkan lah!!!Isnin, 30 Ogos 2010
Pengiktirafan 2 tahun = 24 tahun perkhidmatan
Pengiktirafan 2 tahun untuk melayakkan pesara ATM diakui perkhidmatan 24 tahun bukan suatu yang ganjil dan bukanlah suatu keistimewaan kepada mereka. Mereka yang diberi pengiktirafan ini adalah sebenarnya menumpang pengiktirafan yang diperjuangkan oleh CUEPACS untuk kakitangan awam. Tidak semua pesara ATM yang menikmati pengiktirafan ini...hanya kepada mereka yang TIDAK berkesempatan untuk menerima OPSYEN disebabkan mereka sedang dalam kursus /Latihan Peralihan pada ketika ianya diluluskan. Tapi apa ceritanya?????? Lebih dari separuh dari mereka yang layak masih belum di bayar kadar jumlah pencen dan ganjaran perkhidmatan 24 tahun. Apa ceritanya ?????????? dah hampir lebih 6 bulan berlalu dan mereka2 yang berkenaan (pencen) dah pun pencen.......apa ceritanya?????? JHEV kata LAYAK....JRP kata LAYAK....TAPI ???????? HABUK!!!!!!!!. Mungkin Saudara FSJN Jinnung boleh beri alamat dan bagi tau macamana nak masukkan dalam surat khabar kottttt..... tapi kalau dah masuk SURAT KHABAR nanti mesti minggu depan diorang bayar.......... CONFIRM. Apa nak jadilah sekarang ni......
Rabu, 27 Januari 2010
BENARKAH !!!!
Catatan ini dipetik dari Laman Forum Navy.mil.my
sekadar pendapat saya..... PBTM dan JHEV mempunyai kategori yang berbeza ..... perbezaan yang ketara adalah PBTM adalah berperanan hanya sebagai persatuan manakala JHEV adalah sebuah agensi kerajaan. Saya akui kebaikan penubuhan JHEV untuk KEBAJIKAN veteran ATM akan tetapi tidak nampak peranan JHEV untuk meningkatkan sosio-ekonomi veteran ATM. Sebagai agensi kerajaan di bawah kementerian pertahanan, JHEV sendiri seharusnya menggunakan peluangnya sebaik mungkin. Untuk pengetahuan semua, saya pernah membuat panggilan telefon ke JHEV N/Sembilan-Melaka. pada pertengahan Jan 2010 baru2 ini. Sebenarnya nak confirm pegawai JHEV ada ke tidak. Lalu dijawab oleh Peg JHEV ..... tak perlu saya beritahu apa bantuan yang saya inginkan ...... tapi jawapan yang beliau berikan adalah jawapan yang saya fikirkan terbaik untuk beliau jawab ...iaitu beliau meminta saya meminta bantuan kepada wakil rakyat kawasan saya. Kalau beginilah jawapannya..... lebih baik ditempatkan semua wakil rakyat bagi DUN di pejabat JHEV maksud saya semua Pejabat JHEV ada pejabat DUN di dalamnya supaya senang veteran pilih DUN mana yang beliau boleh kemukakan bantuan. DAN kalau beginilah jawapannya sebagai Pegawai JHEV N/Sembilan -Melaka, saya rasa tutup saja Pej JHEV cawangan ini.... dan jadikannya PEJABAT DUN dan pegawai yang berkenaan di hantar balik ke pasukan asal beliau....beliau juga tidak patut bertutur dalam bahasa `aku dan kau` ...... . Kata orang ...."tak orang tak kita"...... siapa tau kita yang merasa...... terima kasih.

Sabtu, 23 Januari 2010
KES Faizzal Jinong Abdullah - Jangan Lagi Berlaku Kepada Pesara Lain
Kes Seorang pesara tentera iaitu Faizzal Jinong Abdullah telah menggemparkan Kementerian Pertahanan setelah disiarkan oleh Buletin 1.30 bertarikh 29/12/2009 di TV3. Sebenarnya perkara ini boleh diatasi jika individu yang terlibat, pasukan terakhir di mana individu bertugas dan Kementerian Pertahanan (JRP/UGAT dan JHEV) memainkan peranan masing-masing. Semestinya terdapat kesilapan di mana-mana bermula dari individu dan pasukan terakhir beliau sehinggalah ke Kementerian Pertahanan dan masing-masing "baling batu sembunyi tangan". Perkara ini telah pun berlaku ........ justeru itu adalah diharap-harapkan agar perkara ini tidak akan berlaku di masa akan datang yang menunjukkan kelemahan Kementerian Pertahanan dan agensi berkaitan keseluruhannya.
SUATU perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah...kelewatan bayaran pencen kepada persara tentera....... mengapakah pembayaran pencen, ganjaran perkhidmatan, pembayaran Caruman LTAT dan pembayaran FGCR sering berlaku kelewatan sehingga 2 ke 3 bulan selepas tarikh tamat perkhidmatan. Suatu perkara yang perlu difikirkan ialah......... APA KELUARGA MEREKA NAK MAKAN DALAM TEMPOH 2 KE 3 BULAN ITU.
Suatu perkara yang dapai diandaikan adalah .....akan berlaku lagi kes sepertimana Faizzal Jinong Abdullah....sebab apa saya berkata demikian....... dilaporkan oleh beberapa rakan yang melakukan dokumentasi akhir pada awal Januari 2010 bahawa masih terdapat veteran yang masih memegang Kad Pengenalan Sementara (NR7) semasa melapor untuk dokumentasi akhir di JRP. Juga terdapat jumlah besar yang masih tidak memperolehi Dokumen Akuan Perkhidmatan (BAT D 92) semasa melapor dengan alasan masih belum siap. Untuk Kementerian Pertahanan buatlah suatu tindakan yang perlu untuk mengelakkan perkara ini berulang.
Rabu, 13 Januari 2010
AKTA VETERAN ...... DIMANAKAH DIKAU???
AKTA VETERAN AKAN DIBENTANG DI PARLIMEN PADA DIS 2009. itulah yang terpampang di dada-dada akhbar pada hujung tahun 2009 lalu yang kini mungkin tinggal kenangan. Dimanakah AKTA VETERAN yang kan dibentang di Parlimen yang digembar-gemburkan. ENTAH!!!!.
Selasa, 5 Januari 2010
PESARA TENTERA TERABAI
Blog ini aku terbitkan khas untuk Pesara Angkatan Tentera Malaysia (Pesara ATM) samada Tentera Darat, Laut mahupun Udara. Juga blog ini aku tujukan khas kepada semua pemimpin-pemimpin negara (Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri (semua kementerian)Ketua Setiausaha Negara dan Kementerian, Menteri Besar semua parti yang memerintah samada kerajaan Barisan Nasional, Keadilan, PAS dan DAP juga KEPADA PANGLIMA PERKHIDMATAN DAN PANGLIMA ATM. Aku ingin berusaha untuk membuka mata semua orang dengan semangat 1 MALAYSIA tentang persoalan mengenai NASIB PESARA TENTERA SETELAH BERSARA......
Mereka adalah perajurit negara....... tidak kira pada zaman ancaman komunis atau tidak mereka tetap perajurit negara. Pada masa aman seperti hari ini, mereka tidak duduk diam...malah BERLATIH dan BERLATIH dan BERLATIH untuk memenangi suatu peperangan. Mereka sentiasa menyediakan payung untuk menerima hujan yang entah bila akan tiba. Sesungguhnya kita tidak tahu dan tidak akan tahu apakah ada hari esok untuk kita semua..... Ini adalah realiti. MAKA untuk menghadapi realiti ini .....apa yang dituntut masyarakat terhadap mereka adalah kredibiliti. Setiap keringat mereka yang menitis ke bumi adalah janji mereka kepada negara bahawa mereka akan mempertahankan negara dari ancaman sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Mereka-mereka ini apabila bersara dari perkhidmatan ATM pada usia 39 hingga 45 (rata-rata bersara berpencen pada umur 42 -44 tahun) akan bergelar VETERAN ATM.
APA AKAN TERJADI APABILA MEREKA BERSARA? (Soalan inilah yang selalu menjadi persoalan kepada banyak pihak) DAN jawapan yang PALING TEPAT untuk soalan ini ialah ..... TAK JADI APA
Mereka ini bersara pada umur 40 an. Umur 40 an ini adalah umur di mana seseorang itu efektif untuk berjaya di dalam penghidupan mereka. Orang awam pada usia ini .....telah mencapai suatu tahap kejayaan tapi veteran ATM akan kembali kepada angka kosong (0) atau terpaksa bermula semula kepada huruf A untuk ke B dan seterusnya pada umur 40 an. (Saya berikan contoh kepada pernyataan ini kepada orang-orang atasan kerajaan yang tidak faham):
CONTOHNYA:
Contoh (Orang Awam)
Ahmad (Awam) pada usianya 20 tahun bekerja sebagai mekanik kereta .... setelah 10 tahun berpengalaman sebagai mekanik (pada umur 30 tahun), dia memilih untuk menjadi usahawan dan membuka bengkel sendiri. Dia telah mempunyai ramai kenalan semasa bekerja sebagai mekanik selama 10 tahun yang menjadi pelanggannya. Pelanggannya semakin bertambah dan 10 tahun kemudian (pada usia 40 tahun) dia telah meluaskan perniagaannya dengan membesarkan bengkel dan lengkap dengan penjualan alatganti kereta.
Contoh (Veteran ATM)
Ali (Tentera) pada usianya 20 tahun telah menyertai perkhidmatan tentera. Semasa di dalam tentera beliau telah menghadiri beberapa kursus kerjaya dengan cemerlang. Berkat kesabarannya menempuh liku-liku dalam dunia ketenteraan beliau telah dianugerahkan kenaikan pangkat dan pangkat terakhir beliau semasa dalam perkhidmatan adalah sebagai Pegawai Waran 1 (PW 1 - pangkat tertinggi bagi Lain-lain Pangkat) setelah 22 tahun berkhidmat. Sebelum bersara, beliau telah memikirkan tentang masa depannya untuk anak-anak dan isteri. Beliau telah memilih untuk menghadiri Kursus Peralihan di PERHEBAT sebagai mekanik Kenderaan Motor selama 18 bulan. Dengan pengalaman sebagai mekanik semasa dalam perkhidmatan di dalam Kor Jurutera Letrik dan Jentera (Mekanik kereta) dan kursus peralihan dalam bidang yang sama, beliau telah membuka sebuah bengkel kenderaan hasil dari ganjaran perkhidmatannya pada usia 42 tahun. Pada usia ini dia perlu mencari pelanggan. Dia perlu melobi untuk perniagaannya dan tidak cukup untuk 4 atau 5 tahun untuk menunjukkan hasilnya. Veteran ATM perlu melakukan apa yang ahmad (awam) lakukan pada usia ahmad 20 tahun sedangkan veteran ATM berusia 42 tahun pada ketika ini.
Ini juga adalah realiti yang terpaksa ditanggung......masa untuk berjaya bukan sekelip mata...... kita BUKAN berada di alam magic. MEREKA PERLU DIBANTU BUKAN DENGAN WANG RINGGIT TAPI DENGAN PELUANG.
BAYANGKAN BULAN PERTAMA BERSARA ....GAJI (PENCEN) MEREKA TINGGAL 50% DARI GAJI BIASA. .......MANA NAK CARI LAGI 50%. SEDANGKAN KOS SARA HIDUP SEMAKIN MENINGKAT.
RAMAI JUGA VETERAN ATM YANG MENGAMBIL PELUANG UNTUK MENJADI KONTRAKTOR PEMBEKAL DAN PEMBEKAL PERKHIDMATAN DAN MEMILIKI LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN dalam pelbagai bidang (Distributor and Service Provider) tetapi bagaimana mereka hendak hidup dicelah-celah kontraktor yang sama yang telah 10 tahun atau 20 tahun berkecimpung (ini belum termasuk duit kopi yang diberikan kepada pegawai yang mereka kenal untuk mendapatkan kontrak/projek) Veteran ATM tak kenal pegawai untuk diberikan duit kopi untuk mendapatkan projek walaupun pembelian terus kerajaan............ sebenarnya memerlukan PELUANG untuk terus hidup kerana pada umur ini anak-anak mereka masih kecil dan sedang di dalam alam persekolahan berbanding pesara kerajaan (awam) yang bersara pada umur 58 tahun. VETERAN ATM MEMERLUKAN PELUANG UNTUK MENINGKATKAN TARAF SOSIO-EKONOMI MEREKA.

Langgan:
Catatan (Atom)